BARISAN pemain Kuching City FC (KCFC) akhirnya menarik nafas lega, kembali ke Kuching hari ini (Khamis) setelah hampir dua bulan berkelana di Semenanjung.
Mereka menutup saingan pusingan pertama Liga Premier 2021 dengan kemenangan 2-0 ke atas Perak 2 dalam aksi di Ipoh malam kelmarin.
Yang pasti, KCFC tidak lagi ke Semenanjung selepas ini, kerana semua 10 aksi pusingan kedua akan berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya Kuching.
Ini bermakna, KFCF mempunyai peluang yang cukup cerah untuk meraih kemenangan demi kemenangan, sekali gus memperbaiki kedudukan.
Ia bermula dengan aksi ke-11 menentang Terengganu FC II pada 18 Jun, diikuti aksi menentang JDT 2 pada 22 Jun.
Sudah pasti, aksi menentang Sarawak United FC pada 26 Jun pastinya mencuri tumpuan. Ia merupakan aksi balas dendam, setelah KCFC temas 2-0 dalam aksi pertama.
Jurulatih KCFC, Irfan Bakti mengakui, fokus para pemain agak terjejas kerana terlalu lama berada di Semenanjung. Kini mereka boleh kembali fokus, dan tenang setelah berada di Kuching sepanjang bai 10 perlawanan.
Musim lalu skuad Kuching bangkit dalam pusingan kedua, melakar lima kemenangan berturut-turut, sekali gus menduduki tanga ketiga liga.
Jadi situasi yang sama bakal diulangi musim ini, apabila semua 10 aksi berlangsung di gelanggang sendiri.