ARTIKEL

Peluang Kuching City bangkit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SKUAD Kuching City FC (KCFC) harus memanfaatkan peluang untuk bangkit apabila menentang pasukan tercorot, Kelantan United di Stadium Negeri malam semalam.

Namun, ia bukan tugas mudah, jika mengambil kira prestasi tidak menentu sejak akhir-akhir ini.

KCFC kalah lima kali berturut-turut, selepas menunjukkan Kelantan FC 2-1 pada aksi pertama.

Bagaimanapun, untuk kekal relevan dalam Liga Super 2023, KCFC harus menundukkan Kelantan United malam semalam.

Kelantan United hanya mengutip satu mata, setelah melalui enam perlawanan.

Jika kalah lagi malam esok, pasti sukar untuk KCFC kekal dalam Liga Super musim depan.

Yang pasti, masih banyak ruang untuk KCFC memperbaiki kedudukan, sekurang-kurangnya terselamat daripada zon penurunan.

Baru-baru ini, jurulatih KCFC, Irfan Abu Salim menjelaskan, mereka perlu mengambil import baharu pada jendela perpindahan pemain nanti.

Katanya, ia penting bagi memulihkan prestasi pasukan. Ini kerana ada pemain import asing sedia ada gagal menyerlah.

BERITA LAIN

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

BERITA TERBARU