ARTIKEL

PUTRAJAYA, 1 Mac -- Jualan barang kemas dan perhiasan diri dari batu mutiara oleh MyMutiara antara tarikan di Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Peluang lonjakan kembali ekonomi negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kestabilan politik, dasar ekonomi berpandangan jauh dan transisi hijau menyediakan peluang keemasan untuk melonjakkan ekonomi negara buat kali kedua selepas lonjakan pertama pada awal dekad 1990-an.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri (MITI) Liew Chin Tong berkata persaingan antara China dan Amerika Syarikat (AS) telah membawa masuk pelaburan ke rantau Asia Tenggara dan Malaysia antara yang meraih manfaat daripadanya.

“Apabila pelabur membuat perhitungan, mereka tahu Malaysia mempunyai logistik yang baik, kerangka Common Law yang adil, dan banyak pekerja fasih dalam beberapa bahasa di samping cukup berpendidikan.

“Ini merupakan peluang untuk Malaysia membuat lonjakan kedua.

Lonjakan pertama telah berjaya dibuat pada awal dekad 1990- an apabila pertumbuhan ekonomi, peluang pekerjaan, gaji yang dibayar, dan peningkatan taraf hidup rakyat berada dalam suasana positif,” katanya.

Liew berkata demikian menerusi catatan di blognya bertajuk “Lonjakan Kedua Ekonomi Malaysia” yang merupakan perkongsian ucapan beliau semasa sesi perbincangan Diskusi Madani: Aspirasi Perpaduan Memperkukuhkan Agenda Bumiputera di Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB2024), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Baca lain  Tekanan kewangan isi rumah kian meningkat - BNM

Menurutnya, melalui peluang tersebut Malaysia berpotensi mengembangkan pertumbuhan ekonomi negara dan menetapkan sasaran yang lebih tinggi.

Dalam masa yang sama, katanya, Malaysia tidak perlu bersaing dengan negara jiran seperti Vietnam dan Indonesia untuk menarik pelaburan, kerana kekuatan ekonomi negara telah meletakkan Malaysia tidak kurang daripada kemampuan Singapura.

Malahan dari segi perkhidmatan teknologi Malaysia tidak berada terlalu jauh di belakang Singapura malah kita mampu menyediakan perkhidmatan yang sama, katanya. – Bernama

BERITA LAIN

GIATMARA Spaoh terima pelajar pertama Januari 2025

KUCHING: Pusat GIATMARA di Spaoh bakal menerima kemasukan pelajar pertamanya menjelang Januari 2025, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Menurutnya, pengambilan ini

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,