ARTIKEL

Peluang pekerjaan untuk penerima bantuan kebajikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam menyeru agar lebih banyak syarikat dan pemain industri menyediakan peluang pekerjaan khususnya kepada penerima bantuan kebajikan.

Beliau berkata, sinergi pelbagai sektor antara agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan syarikat korporat dapat membantu kumpulan sasar yang diberi latihan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

Katanya, latihan itu termasuk Program Pembangunan dan Pemerkasaan yang dijalankan oleh JKMS di bawah Program Pembangunan Keusahawanan (PPK) serta Program Pembangunan Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) untuk kumpulan sasar tersebut.

“Ia adalah usaha untuk meningkatkan pendapatan, tahap ekonomi dan taraf hidup penerima bantuan iaitu ketua isi rumah atau ahli isi rumah mereka serta bekas penghuni institusi kebajikan.

“Saya percaya program ini dapat memberi impak secara langsung kepada keluarga kerana mereka yang berjaya menamatkan latihan bakal mendapat tawaran pekerjaan daripada syarikat atau pemain industri yang berkolaborasi dengan JKMS,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Penyampaian Sijil Pelatih PLKK di Institut Kemahiran Mara (IKM) Bintulu pada Selasa.

Pada majlis itu, sebanyak 39 pelatih Program Pembangunan Latihan dan Kerjaya menamatkan Kursus Perancah Tahap 1.

Kesemua pelatih tersebut turut menerima sijil penyertaan kursus, Sijil Kompetensi daripada DOSH, Pasport Keselamatan Minyak dan Gas (OGSP) dan CIDB.

Hadir sama, Pengarah JKMS, Adana Jed; Pengarah Institut Kemahiran MARA Bintulu, Mohd Syukri Abdullah; Pengarah Urusan TMR Techologies Sdn Bhd, Yusniza Alias; Pengurus Projek PWD Engineering Sdn Bhd, Mathiew Usun dan wakil Residen Bahagian Bintulu, Amalina Ghazali.

LAIN-LAIN BERITA

Capai sasaran tingkatkan pendapatan komuniti tani

KUCHING: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) serta jabatan dan agensi di bawahnya diseru supaya terus komited dan berdedikasi menyampaikan khidmat kepada rakyat

Lebih 123,000 syarikat berdaftar dengan CIDB

KUALA PERLIS, Perlis: Sejumlah 132,579 syarikat telah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) setakat Januari lepas. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick,

Sasaran perdagangan, pelaburan dapat dicapai

KUALA LUMPUR: Kerajaan optimis sasaran perdagangan dan pelaburan yang ditetapkan untuk tahun ini dapat dicapai meskipun penyusutan nilai semasa ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),

Ekonomi hijau S’wak jadi contoh baik global

KUCHING: Sarawak menunjukkan contoh baik kepada seluruh dunia dalam membangunkan ekonomi hijau, kata Pengerusi Majlis Perdagangan dan Pelaburan Komanwel (CEIC), Lord Jonathan Peter Marland. Lord

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke