Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Peluang penduduk Daro diami rumah mampu milik

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

DARO: Projek Rintis Program Rumah Spektra (RSP) di Skim Pembesaran Kampung (SPK) Badong Daro bakal memberi peluang kepada penduduk memiliki rumah sendiri dengan kos yang rendah.

Adun Daro Safiee Ahmad berkata, meskipun projek tersebut bukan satu kemestian bagi pemilik lot, namun peluang tersebut harus dimanfaat oleh rakyat khususnya di SPK Badong agar dapat memiliki kediaman selesa dengan lebih cepat.

“Projek ini dapat menyediakan kemudahan pinjaman dan kosnya juga diberikan subsidi oleh Kerajaan Sarawak.

“Pelaksanaan projek RSP di Daerah Daro sesuatu yang amat dihargai.

Terima kasih Kerajaan Sarawak khususnya Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg atas keprihatinan dan kelulusan untuk melaksanakan projek ini di Daro,” katanya berucap di Dewan Kemas Daro.

Jelasnya, pihaknya akan melihat sambutan dan permintaan rakyat terhadap projek yang julung kali dilaksanakan itu.

“Sekiranya ia berjaya, penambahbaikan akan dilakukan pada masa akan datang.

“Bukan sahaja untuk SPK Badong tetapi juga untuk SPK lain yang telah diluluskan di Daerah Daro.

Baca lain  Dukungan padu GPS bantu kestabilan pentadbiran negara

“Untuk itu peserta yang ingin memohon boleh mendapatkan borang di Pejabat Daerah Daro dan mengembalikan borang yang lengkap mengikut tempoh disarankan bagi melancarkan proses permohonan oleh Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak.,” ujarnya lagi.

Tambah beliau, semua peserta yang memohon akan ditemu duga oleh HDC.

Terdahulu taklimat turut diadakan untuk memberi penerangan kepada 49 peserta yang merupakan penerima lot di Skim Pembesaran Kampung Badong Fasa 1.

Sebanyak 20 unit RSP akan dilaksanakan di SPK Badong.

Turut hadir Pegawai Daerah Daro Bujang Rahman Seli; Ketua Pegawai Eksekutif HDC Sarawak Mohammad Asman Ahmad, wakil Ahli Parlimen Igan Basmi Mat dan wakil Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Syafallah Hisyam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru