ARTIKEL

Peluang pilih kursus pengajian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SAMARAHAN: Pengumuman keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) baru-baru ini membuka peluang kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk mempromosikan kursus yang ditawarkan oleh IPT masingmasing.

Menurut Koordinator Ekspo Selangkah ke UiTM (ESKU), Yaziz Kasim, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) berpeluang untuk memilih kursus diminati menerusi ekspo UiTM yang dijalankan secara tahunan.

“ESKU bertujuan untuk membimbing lepasan SPM/ STPM/setaraf dalam memilih jurusan yang diminati melalui sistem permohonan kemasukan pelajar (UPU) dan penerangan tentang proses rayuan sekiranya permohonan ditolak,” katanya kepada Suara Sarawak.

Yaziz berkata, ESKU dijalankan melalui gabungan UiTM Samarahan Kampus Satu, Kampus Dua dan UiTM Mukah, sekali gus menawarkan 27 gerai pameran pelbagai fakulti, Amanah Saham Nasional Berhad(ASNB), Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) dan Kolej Bersekutu SATT.

“Ini adalah peluang terbaik kepada orang ramai untuk bertanya kepada wakil setiap fakulti berkaitan program akademik yang ditawarkan.

“Kami menyasarkan 2,000 hingga 2,500 pengunjung yang akan menghadirkan diri pada ekspo kali ini dan pelbagai aktiviti menarik yang kami sediakan,” ujarnya.

Yaziz menambah, ESKU bukan sahaja memberikan pendedahan akademik kepada pengunjung, malah menjadi pemudah cara kepada calon SPM/STPM untuk mengetahui lebih lanjut tentang pinjaman pendidikan melalui gerai pameran PTPTN.

UiTM akan mengadakan program akademik pada 4 hingga 6 Jun ini di Bintulu, Miri, Limbang, Sibu, Betong bagi tujuan yang sama.

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki maut, jatuh Jambatan Batang Salak

KUCHING: Seorang lelaki menemui ajal selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Batang Salak, Jalan FAC di sini, hari ini. Komander Operasi PBK II

Sasar latih 10,000 rakyat Sarawak secara percuma

KUCHING: Kementerian Sumber Manusia mensasarkan melatih seramai 10,000 rakyat Sarawak secara percuma dalam pelbagai jenis kursus sempena Minggu Latihan Kebangsaan yang akan bermula dari 24

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian