Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Peluang SU FC raih kemenangan pertama

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
MEMBURU KEMENANGAN...Sentuhan penyerang import SU FC, Framcis Kone terus ditagih untuk perlawanan malam ini. - FOTO GHAZALI BUJANG
MEMBURU KEMENANGAN…Sentuhan penyerang import SU FC, Framcis Kone terus ditagih untuk perlawanan malam ini. – FOTO GHAZALI BUJANG

KUCHING: Ketua Jurulatih Sarawak United FC (SU FC), B. Sathianathan berharap kemenangan dapat diperoleh pasukannya apabila turun melayani kunjungan, Sabah FC di Stadium Negeri, Petra Jaya malam esok.

Sekali gus, dapat memperbaiki kedudukan pasukan tersebut dalam saingan Liga Super 2022 sekiranya tiga mata berharga itu berada dalam genggaman.

“Kita turun dengan misi mahu mencipta kemenangan, memang ia satu tugas yang berat mengambil kira prestasi hebat ditunjukkan pasukan Sabah FC ketika ini.

“Namun, saya percaya peluang itu tetap ada dan diharap pemain yang akan diberi peluang untuk mengharungi tempoh 90 minit malam esok beraksi mengikut strategi yang diguna pakai,” ujar Sathianathan kepada Arena Suara Sarawak.

Sambil turut berharap perlawanan terbabit menjadi detik kebangkitan anak-anak buahnya dalam usaha memburu kemenangan pertama bagi kempen liga tersebut.

Barisan kendalian Sathianathan ketika ini masih kekal berada dikelompok tiga bawah dengan menggumpul satu mata dari tiga perlawanan dilalui setakat ini.

Dalam pada itu, sedikit kerisauan bagi bekas pengemudi skuad kebangsaan itu apabila beberapa tonggak utama tidak dapat diturunkan berikutan masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan.

“Tiga pemain utama (S. Chanturu, Christie Jayaseelan dan Amer Saidin) masih belum dapat beraksi, saya akan mempertaruhkan kelibat pemain simpanan dan tidak terkecuali akan menurunkan pemain muda beraksi di posisi sedia ada,” tambah Sathianathan lagi.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News