ARTIKEL

Peluasan Jualan Agro MADANI antara dibincang Mesyuarat Dasar Sekuriti Makanan Negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Status pelaksanaan dan cadangan peluasan Jualan Agro MADANI dalam memastikan kemampuan dan ketersediaan bahan makanan kepada pengguna antara dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara Bilangan 2 Tahun 2023 semalam. 

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dalam kenyataan memaklumkan mesyuarat dipengerusikan beliau itu dianggotai pelbagai kementerian dan agensi, berperanan merangka cadangan hala tuju sekuriti makanan negara yang lebih holistik serta mencadangkan strategi dan pelan tindakan kerajaan menangani isu sekuriti makanan negara.

“Melalui platform ini, idea serta saranan yang diketengahkan dalam mesyuarat ini akan diperhalusi dan ditambah baik sebelum diangkat untuk pertimbangan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara yang dijangka bersidang dalam masa terdekat.

“Selaras dengan hasrat membangun Malaysia MADANI adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memastikan tahap keterjaminan makanan negara stabil dan mampan seiring dengan konsep Food Security is a Shared Responsibility (Keterjaminan Makanan Tanggungjawab Bersama),” menurut kenyataan itu.

Mohamad berkata inisiatif lain yang dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah status cadangan Program Pembangunan Industri Tenusu Negara menerusi Projek Pembangunan Ladang Tenusu Integrasi di Chuping, Perlis oleh Fresh Milk Ventures Sdn Bhd dan kajian semula penggunaan baja bio dan baja organik bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi. 

Turut dibincangkan, kajian semula formulasi baja nitrogen, fosforus dan kalium (NPK) subsidi sedia ada dengan cadangan memasukkan mikronutrien dan mempertimbangkan pengurangan kandungan dipotassium oxide (K2O) yang berlebihan, serta pelaksanaan analisis tanah secara berkala iaitu lima tahun sekali untuk menilai pH, dan kandungan N-P-K-Mg dan mikronutrien di setiap kawasan jelapang padi negara.

“Penggubalan Akta Agrologis bagi memperkasakan program pengembangan dalam aspek amalan pertanian baik (seperti pembajaan dan kawalan penyakit) dan penggubalan Akta Baja untuk pengawalan kualiti baja di pasaran negara.

“Memudah cara akses input agroteknologi mampan pemulih tanah dan biobaja yang dibangunkan dalam negara melalui Program Subsidi Kerajaan Kebangsaan dan melaksanakan pembangunan agroteknologi selari dengan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG),” katanya.

Inisiatif lain yang dibincangkan adalah status pelaksanaan Banci Pertanian 2024 dengan peruntukan berjumlah RM230 juta bagi tempoh 2023 hingga 2025. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Planetarium Negara sambut 30 Tahun Jubli Mutiara

KUCHING: Sambutan 30 tahun Jubli Mutiara Planetarium Negara sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Bulan Februari 2024 dirasmikan oleh Timbalan Menteri

RCI Batu Puteh bagi tambah baik isu kedaulatan

KUALA LUMPUR: Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji pengendalian kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan adalah bagi mencari jalan penyelesaian serta mengorak langkah

BERITA TERBARU

Bakih strategik KGC deka ditambah

SARIKEI: Opis Menteri Pemansang Indu, Nembiak Mit enggau Pengelantang Komuniti Sarawak (KPWK) benung chakah ngatur pengawa sida ngambi mayuh agi premis nerima Kenyalang Gold Card

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,