ARTIKEL

Peluru mortar dijumpai di Padang Polo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH:  Seorang lelaki menjumpai satu objek yang menyerupai  peluru mortar ketika sedang beriadah di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau Padang Polo, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata petugas Bilik Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ipoh menerima panggilan kira-kira 3 petang daripada orang awam yang memaklumkan penemuan objek mencurigakan itu di tepi kolam taman rekreasi berkenaan.

Beliau berkata peluru itu ditemukan dalam keadaan tenggelam kira-kira satu inci dalam kolam berlumpur dan terlihat bahagian belakang peluru.

“Pasukan Unit Pemusnah Bom IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Perak telah ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan mendapati peluru mortar tersebut berukuran panjang 300mm (milimeter), lebar 60mm dan tidak mengandungi bahan letupan dan digunakan untuk latihan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata peluru mortar tersebut telah dibawa ke Bahagian Persenjataan IPK Perak untuk siasatan dan tindakan selanjutnya. — BERNAMA

BERITA LAIN

PERKESO lancar operasi kesan majikan besar-besaran

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat PERKESO di seluruh negara, semalam.

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP