ARTIKEL

PEMADAM minta kerajaan perhebat kempen bahaya rokok, vape

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) menyeru kerajaan supaya memperhebatkan kempen advokasi kesedaran bahaya merokok dan penyalahgunaan rokok elektronik atau vape.

Pengerusi Biro Wanita, Keluarga dan Penawar PEMADAM, Datuk Jamelah A. Bakar, berkata ketagihan rokok dan vape adalah pembuka jalan kepada tabiat penyalahgunaan pelbagai jenis dadah.

Menurutnya, pihaknya bimbang dengan data yang menunjukkan seramai 43,019 pelajar sekolah menengah didapati terlibat dengan kegiatan merokok dan penggunaan vape. 

“Kerajaan juga perlu melihat perkembangan penularan penggunaan vape secara serius. Selain itu, terdapat institusi skim pembiayaan peniagaan yang memberi pinjaman begitu mudah sekiranya ada pemohon yang berhasrat untuk berniaga vape,” katanya, dalam kenyataan, hari ini.

 Selaras dengan aspirasi kerajaan mewujudkan Generasi Penamat Rokok, katanya, pihaknya yakin Kementerian Kesihatan (KKM) dapat membentang Akta Kawalan Produk Tembakau dan Merokok yang menjadi teras kepada kawalan penularan penggunaan vape serta rokok.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, dilaporkan berkata saringan terhadap 1.3 juta pelajar sekolah menengah menerusi  program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (KOTAK) tahun lalu mendapati seramai 43,019 pelajar terlibat dengan tabiat merokok.

Beliau berpendapat bahawa langkah untuk mewujudkan rang undang-undang tersebut, dapat menyelesaikan masalah dasar percukaian terhadap produk itu dapat dikawal selia secara komprehensif di samping menjamin aktiviti pengiklanan dan promosi dapat dikawal.

Pada Persidangan Dewan Rakyat, hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan untuk membentangkan rang undang-undang berkaitan kawalan produk merokok termasuk rokok elektronik pada sidang Dewan Rakyat, Mei ini.– BERNAMA

BERITA LAIN

Warga emas ditemui lemas di Tasik Biru

MELAKA: Seorang lelaki warga emas yang dipercayai mengalami kemurungan ditemukan lemas di Tasik Biru, Chin Chin, Jasin malam ini. Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan

Pilih taska berdaftar, pentingkan keselamatan

KUALA LUMPUR: Ibu bapa dinasihatkan untuk memilih taska yang berdaftar bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak mereka. Presiden Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar

BERITA TERBARU

Kembar berbakat besar mahu harumkan nama Sarawak

KUCHING: Kembar berbakat besar kebanggaan Sarawak, Aleysha Shareef dan Ryan Zachary Shareef, 11 tahun, berlepas ke Kuala Lumpur, dan seterusnya ke Long Beach, California, Amerika

Teknik eratkan hubungan keluarga

SIKAP SEDERHANA keluarga adalah suatu cara hidup yang mendasarkan diri pada prinsip kesederhanaan, kecukupan dan keutamaan dalam setiap aspek. Pendekatan ini dapat mengeratkan hubungan ahli