ARTIKEL

Ethan Wheatley

Pemain Akademi Manchester United nafi ada pertalian keluarga Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pemain Akademi Manchester United (MU), Ethan Wheatley, menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa beliau mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Malaysia.

Pemain berusia 18 tahun yang dilahirkan di Stockport, Manchester, England, itu berkata laporan mengaitkannya dengan Malaysia dan juga Indonesia adalah tidak benar.

“Saya tidak mempunyai darah Malaysia. Laporan itu salah, saya bukan warga Malaysia atau Indonesia,” kata pemain bahagian serangan itu ketika dihubungi BERNAMA.

Nama Wheatley mula menjadi perbincangan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan selepas laman pencarian bakat mendakwa beliau mempunyai pertalian darah dengan Malaysia melalui neneknya yang berasal dari Selangor.

Wheatley menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama MU pada Januari lalu, berikutan prestasi mengagumkan dan berjaya menarik perhatian Pengurus Pasukan MU, Erik ten Hag, selepas dipanggil berlatih bersama skuad utama pada Februari.

Beliau kini menjadi tonggak utama skuad bawah 18 tahun MU dan dilaporkan telah membuat beberapa penampilan bersama skuad bawah 21 tahun ’The Red Devils’. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU