ARTIKEL

Rakam kenangan... Ryoga Kho merakam kenangan manis bersama jurulatih dan yang lain selepas menjuarai Kejohanan Tennis Malaysia Junior Tour 2024 Leg 1.

Pemain cilik tenis dari Sarawak juara Kejohanan Tennis Malaysia Junior Tour 2024 Leg 1

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pemain cilik tenis berusia 12 tahun dari Sarawak berjaya merangkul juara dalam Kejohanan Tennis Malaysia Junior Tour 2024 Leg 1 yang berakhir semalam (4 Januari).

Kejohanan yang berlangsung selama lima hari di Ipoh, Perak itu membuahkan hasil apabila Ryoga Kho, 12, berjaya menumpaskan Ong Theng Kuan pemain dari Pulau Pinang dengan mata perolehan  6-0, 6-1.

Juara Kategori beregu Ryoga dan Oezil Najib membawa pulang pingat emas dan sijil kemenangan.

Selain itu, Ryoga turut menjuarai kategori beregu bersama rakannya Oezil Najib dari Kuala Lumpur apabila menumpaskan pasangan beregu Azizul Ashman dari Negeri Sembilan dan rakan senegeri Eli Eita Hilton, menamatkan saingan dengan mata tipis 4-1, 5-4 (7-3).

Perjalanan kisah murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Stampin itu bukanlah mudah apabila hampir meninggalkan perlawanan beregu atas keperluan mendesak untuk mengejar waktu penerbangan tepat pada masanya. 

Selain itu, beliau juga menghadapi cabaran tiada sokongan dan tajaan yang mencukupi terutamanya perlu menyertai enam lagi aksi junior di seluruh Semenanjung Malaysia tahun ini.

Tekanan kewangan yang ketara terutamanya kos tambang perjalanan menggunakan pengangkutan udara dari Kuching Ke Kuala Lumpur memberi halangan yang besar kepada Ryoga dan keluarga.

Baca lain  Emas ini untuk negara - Thor

Sementara itu, jurulatih Ryoga merupakan bapanya sendiri dan pernah menjadi bekas pemain junior Sarawak menyatakan beliau memainkan peranan penting dalam membimbing anaknya ke arah kejayaan sukan tersebut.
 
“Sokongan aktif daripada persatuan sukan memainkan peranan penting tanpa mewujudkan halangan yang tidak perlu untuk bakat anak muda.

“Sokongan secara konsisten dari segi pembangunan junior yang ditakrifkan dengan betul, sokongan kewangan dan perancangan stratergik adalah amat diperlukan sekarang ini,” katanya.
 
Dalam perkembangan yang sama, Presiden Persatuan Tenis Padang Perak, Fazwil Abdul Wahid berkata, mengiktirafkan Ryoga sebagai pemain yang berdedikasi secara konsisten bersaing di kejohanan peringkat kebangsaan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada kanak-kanak tersebut atas kejayaan yang diperolehi.

BERITA LAIN

Bina legasi baharu badminton negara

SKUAD badminton lelaki negara diingatkan agar tidak terbuai dengan nostalgia kegemilangan lampau pasukan kebangsaan, sebaliknya cuba untuk melakar sejarah baharu dengan merangkul Piala Thomas 2024

BERITA TERBARU

Bina legasi baharu badminton negara

SKUAD badminton lelaki negara diingatkan agar tidak terbuai dengan nostalgia kegemilangan lampau pasukan kebangsaan, sebaliknya cuba untuk melakar sejarah baharu dengan merangkul Piala Thomas 2024

Premier Sarawak berada di Poland

POZNAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg bakal berucap sebagai ahli panel forum pada sesi ‘Debate Regions for the Planet’ di Poland