Trending

Pemain dari Limbang turut berentap dalam Kejohanan Badminton Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

LIMBANG: Bahagian limbang turut tidak ketinggalan menghantar pasukan bagi memberi saingan kepada peserta lain dalam kejohanan Badminton Sarawak kumpulan umur bawah 14,16,18 dan 19 tahun.

Pengurus Pasukan Razik Sarbini berkata, pihaknya telah membuat persiapan rapi untuk menghadapi kejohanan itu termasuk menganjurkan sesi latihan khas untuk jurulatih dan pemainnya.

“Kami yakin akan dapat mencapai kejayaan pada kejohanan kali ini kerana terdapat beberapa orang pemain yang berpotensi.

“Walaupun laluan yang bakal ditempuh mencabar berikutan penyertaan beberapa bahagian lain namun kami telah membuat persiapan untuk menghadapinya sejak dari awal lagi,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Limbang, pagi tadi.

Bahagian Limbang menghantar 15 orang pemain dan empat orang pengiring yang terdiri daripada para jurulatih.

Kejohanan kali ini akan belangsung dari 11 hingga 14 Disember di Dewan Persatuan Badminton Sarawak, Kuching.

Dua adik-beradik antara yang terpilih mewakili bahagian Limbang.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru