KUCHING: Calon pemain import baharu pasukan Kuching City FC sudah pun dikenal pasti, kata penolong jurulatihnya, Sulaiman Hussin.
Cuma menunggu lampu hijau daripada pihak pengurusan untuk mereka datang ke Kuching bagi menjalani latihan bersama pemain lain.
“Calon pemain import baharu sudah ada sebenarnya dan mereka dijangka tiba di Kuching pertengahan bulan ini,” ujar Sulaiman kepada Arena Suara Sarawak.
Beliau akui, himpunan pemain import terbabit akan memperkuatkan posisi yang tampak ketara kelemahan sepanjang saingan pusingan pertama kempen Liga Super 2023.
“Kita lihat kelemahan ketara Kuching City sepanjang berlangsung pusingan pertama di jentera serangan.
“Jadi, keperluan pemain import terbabit di posisi tersebut,” tambah Sulaiman.