Trending

Pemain Kuching City diseru kekal momentum berdepan Negeri Sembilan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Pasukan Kuching City FC tiada pelan khas bagi menghadapi Negeri Sembilan FC pada aksi terakhir pusingan pertama kempen Liga Super 2023 di Stadium Negeri, Petra Jaya malam esok.

Penolong jurulatih Kuching City FC, Sulaiman Hussin menegaskan, sebaliknya menggesa barisan pemain yang dipertaruhkan untuk konsisten dan mengekal momentum terbaik dalam usaha mencetak keputusan positif.

“Saya mengharapkan barisan pemain dapat mengekalkan momentum terbaik mereka seperti keputusan seri (1-1) diperoleh pada perlawanan menentang Kuala Lumpur City FC minggu lepas.

“Kemenangan adalah sasaran kita dan saya percaya para pemain akan cuba memanfaat kelebihan bermain digelanggang sendiri malam esok,” tegas Sulaiman.

Sambil mengakui kemenangan sekiranya berjaya diperoleh, disifatkan sebagai cetusan semangat bagi mengharungi perlawanan lain selepas ini.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru