ARTIKEL

Pemain skuasy kebangsaan, Sivasangari mara ke separuh akhir di Cleveland

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy kebangsaan S. Sivasangari mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Cleveland di Racquet Club, Amerika Syarikat.

Pemain wanita tunggal kedudukan ke-16 dunia menumpaskan Alicia Mead dari England 11-6, 11-8, 11-8 dalam masa 23 minit dalam perlawanan suku akhir pada hari Khamis (awal pagi Jumaat waktu Malaysia).

Pemain berusia 25 tahun itu menghadapi cabaran pemain England lain dalam pertandingan separuh akhir bertemu pemain ke-6 dunia Goergina Kennedy yang menewaskan rakan senegaranya, Lucy Beecroft 11-2, 11-4, 11-4.

“Pada saya, dalam perlawanan ini, kami berdua sudah memanaskan badan lebih lima atau enam kali kerana perlawanan sebelum itu mengambil masa yang agak lama, tapi saya masuk ke gelanggang dengan sasaran permulaan yang positif.

“Saya gembira dapat bermain dengan baik dan saya gembira memenangi set ketiga dan melangkah ke pusingan seterusnya,” katanya menerusi laman web Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA).

Berdasarkan rekod, Sivasangari pernah menang sekali dalam empat pertemuan dengan Kennedy.

Baca lain  Sambutan luar biasa, lebih 300 pemain sertai pemilihan

Sementara itu dalam kategori perseorangan lelaki, ranking utama Ng Eain Yow terkandas apabila kalah 7-11, 7-11, 13-11, 12-10, 11-6 kepada Leonel Cardenas dari Mexico dalam saingan sengit selama 92 minit.

BERITA LAIN

HSL Samarahan Maraton tawar hadiah RM58,000

SAMARAHAN: Pelari Afrika, Brunei, dan Singapura antara yang mengesahkan penyertaan Samarahan Maraton HSL yang berlangsung pada 11-12 Mei depan. Kejohanan julung kali anjuran Majlis Perbandaran

Kilat Boy, Herlan mula berlatih Sabtu ini

KUCHING: Sesi latihan bersama petinju profesional Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong dengan petinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez bermula Sabtu ini (20 April) di Pusat Tinju Elit

Empat pasukan buru gelaran juara

SEBUYAU: Teka-teki pasukan yang bakal dinobat selaku juara Kejohanan Bola Sepak Terbuka Kampung Sebangan, Sebuyau Edisi Ke-30, Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.27 Sebuyau,

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh