ARTIKEL

Pemakaian pelitup muka: Bergantung kesedaran individu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bergantung kepada kesedaran individu, sama ada mahu meneruskan pemakaian pelitup muka ketika berada di dalam pengangkutan awam dan fasiliti kesihatan.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Sri Fatimah Abdullah, sudah lebih tiga tahun rakyat membiasakan diri memakai pelitup muka dan beliau yakin setiap individu mempunyai kesedaran sendiri untuk mengurangkan risiko jangkitan serta penularan wabak Covid-19.

“Walaupun penggunaan pelitup muka tidak lagi wajib sekarang, ia masih bergantung kepada individu sama ada masih mahu menggunakannya di tempat berisiko dan sesak.

“Jika kita lihat di beberapa negara luar, rakyatnya sendiri masih memakai pelitup muka sekiranya berada di kawasan sesak.

Akauntabiliti terletak kepada seseorang itu untuk meneruskan pemakaiannya atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penutupan Kem Latihan Kepimpinan Wanita Bagi Semua Bahagian Wanita Persekutuan Persatuan Cina di sini, hari ini.

Tambahnya, beliau yakin keputusan tidak mewajibkan pemakaian itu dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan penilaian situasi semasa susulan kes jangkitan dan risiko kematian akibat Covid-19 semakin menurun.

Terdahulu Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa mengumumkan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di dalam pengangkutan awam dan fasiliti kesihatan termasuk hospital, mulai Rabu depan.

BERITA LAIN

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Skuad bola sepak B-19 belasah Singapura 5-0

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak Bawah 19 Tahun (B-19) kebangsaan meneruskan rentak cemerlang dengan membelasah Singapura 5-0 pada aksi kedua Kumpulan C Kejohanan B-19 ASEAN

Sarawak hanya mahu hak yang sedia ada

BINTULU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti nasional seperti yang cuba ditularkan oleh

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.