ARTIKEL

Pihak bomba membantu mengangkat mayat mangsa.

Pemancing udang jumpa mayat terapung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini.

Ekoran itu, salah seorang daripada mereka menghubungi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senadin Datuk Seri Lee Kim Shin bagi memaklumkan penemuan mayat berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak bersama-sama Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah menerima makluman tersebut menerusi panggilan telefon Kim Shin sekitar 3.45 petang.

“Kim Shin membuat panggilan terus kepada Henry bagi memaklumkan penemuan mayat berkenaan.

“Henry kemudin bergegas ke lokasi kejadian bagi membuat pengesahan dan kemudiannya mengarahkan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) Lutong untuk ke lokasi kejadian.

“Bantuan daripada BBP Lopeng diperlukan bagi mengangkat mayat kerana anggota BBP Lutong dalam operasi yang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Henry ketika dihubungi Suara Sarawak sekitar 5 petang memaklumkan bahawa beliau berada di lokasi kejadian bersama-sama kesemua pemancing terbabit bagi membuat pengesahan penemuan mayat tersebut.

Katanya, pengesahan mayat dibuat setelah pihak bomba dari BBP Lopeng datang untuk membantu di lokasi bagi mengangkat mayat.

“Mangsa merupakan lelaki berusia sekitar 60-an dan setelah diperiksa, mangsa mengalami kecederaan iaitu kehilangan kedua-dua belah tangan dan kaki,” dedahnya.

BERITA LAIN

Festival SAGO pupuk inovasi terhadap usahawan

KUCHING: Pesta Gastronomi Sarawak (SAGO) tahun ini dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 22 Julai ini, manakala Pesta Tuak Borneo diadakan pada 14 hingga 17 September

Potensi ekonomi pelancongan kulinari, gastronomi

KUCHING: Gastronomi melalui inovasi kepelbagaian kulinari tradisi tempatan merupakan salah satu medium yang mampu menyokong pertumbuhan ekonomi mampan Sarawak di peringkat dunia. Timbalan Menteri Pelancongan,

BERITA TERBARU

Mokhber presiden sementara

TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam

Pengunaan industri eksport catat kenaikan

KUCHING: Industri pembuatan beroperasi dengan kapasiti 80.8 peratus pada suku pertama 2024, berbanding kadar kapasiti 79.8 peratus yang direkodkan pada setahun lepas, kata Jabatan Perangkaan

Periksa kesihatan percuma

PROGRAM pemeriksaan kesihatan percuma diadakan kepada ibu bapa, guru, termasuk pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Siol Kanan sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Siol

Periksa syarikat produk rempah tercemar

MUMBAI: Lembaga rempah kerajaan India telah melakukan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat pengeluar rempah terkemuka berikutan larangan asing susulan tuduhan beberapa produk telah dicemari