ARTIKEL

Foto Ihsan PDRM

Pemandu drift terbabas, langgar kenderaan pacuan empat roda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BATU PAHAT: Seorang pemandu kereta jenis Toyota Supra yang memandu secara bahaya dengan melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas dan melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang di parkir di Jalan Desa Botani 1, Taman Desa Botani, di sini, ditahan semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Supt. Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata pemuda tempatan berusia 20 tahun itu disyaki melakukan aksi berkenaan sekitar jam 12.15 tengah malam tadi.

Katanya, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Batu Pahat telah mengesan video tular berdurasi 37 saat di laman Facebook memaparkan kejadian berkenaan.

“Bertindak atas maklumat dan hasil siasatan serta risikan lanjut, pemuda berkenaan yang bekerja sebagai pekerja kilang ditahan jam 1.15 tengah hari semalam dan ujian saringan air kencing suspek didapati negatif dadah.

“Tahanan reman ke atas suspek akan dipohon di Mahkamah Majistret Batu Pahat, esok,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan. — BERNAMA

BERITA LAIN

Ibu Menteri Pendidikan meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Ibu kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Datin Dr Siti Zalikhah Mohd Nor, meninggal dunia pada 9.30 pagi tadi. Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat

BERITA TERBARU