ARTIKEL

Pemandu Grab tersempit, Axia dirempuh Hilux

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang pemandu Grab tersepit akibat kejadian kemalangan melibatkan kenderaan jenis Perodua Axia dan Toyota Hilux di Jalan Tunku Abdul Rahman, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar pukul 11.09 malam.

Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Axia telah dirempuh oleh Hilux yang dipercayai terbabas selepas bergerak menghala ke hotel Hilton.

“Hasil pemeriksaan terdapat tiga mangsa berada di dalam Axia ketika kejadian, pemandunya, Awang Jaya Awang Jidon, 39, tersepit di tempat duduk hadapan namun dua warga Indonesia masing-masing berusia 22 dan 39 tahun (penumpang) hanya mengalami cedera ringan.

“Mangsa seterusnya berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan ‘Rescue Tools’ dan segera diserahkan kepada pihak Ambulans untuk rawatan segera dilakukan,” jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, operasi menyelamat seterusnya ditamatkan selepas memastikan keadaan lokasi kejadian terkawal dan selamat.

Dalam pada itu, ujarnya operasi menyelamat disertai oleh 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan yang diketuai oleh PBK II Awang Jefri Awang Joni.

OPERASI… Bomba melakukan operasi menyelamat mangsa daripada tersepit

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU