HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Pemandu lori ditangkap, terlibat dadah sejak 8 tahun lalu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

MUKAH: Polis menahan seorang pemandu lori kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah di hadapan bengkel, tepi Jalan Mukah-Selangau pada petang semalam.

Siasatan awal mendapati suspek berusia 40 tahun itu sudah terlibat dengan penagihan dadah jenis syabu sejak lapan tahun lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden Muhamad Rizal Alias, suspek ditahan dalam operasi Ops Tapis sekitar jam 2.20 petang oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah.

“Hasil pemeriksaan, kita menjumpai satu peket kecil plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine dengan berat kasar 0.35 gram nilai anggaran RM50 di dalam beg silang suspek,” katanya dalam satu kenyataan.

Suspek kemudiannya ditahan di Balai Polis Mukah dan ujian saringan awal air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Bahaya 1952.

Suspek ditahan oleh polis di tepi Jalan Mukah-Selangau pada petang Rabu kerana terlibat penyalahgunaan dadah.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru