Trending

Pemandu mabuk cetus kebakaran besar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

ATHENS: Seorang pemandu mabuk yang merosakkan keretanya pada awal pagi Isnin telah menyebabkan kebakaran besar di Pulau Chios, Greece lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik stesen penyiar kerajaan ERT.

Pemandu itu hilang kawalan terhadap kenderaannya dan merempuh semak di bahu jalan pada awal pagi, lapor ERT. Enjin kereta itu kemudiannya terbakar.

Api merebak dengan cepat ke hutan berhampiran di bahagian barat laut pulau itu.

Seluruh pasukan bomba dan sukarelawan pulau, pesawat pemadam kebakaran serta helikopter terpaksa dikerahkan untuk mengawal kebakaran.

Selain itu, dua kampung telah dikosongkan dan kebakaran hanya dapat dikawal pada waktu tengah hari.

Pemandu itu ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk dan kini berdepan pertuduhan tambahan melakukan kebakaran secara cuai yang dibawa oleh pejabat pendakwa raya di pulau Aegean, menurut laporan media.

Menurut pihak berkuasa, sikap cuai telah menjadi punca utama kebanyakan kebakaran di Greece.

Dalam empat minggu lalu, menurut anggaran awal kerajaan, sekurang-kurangnya 43,000 hektar hutan, belukar, dan tanah pertanian telah musnah akibat kebakaran di seluruh Greece. – Bernama

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru