Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Pemandu mabuk ditahan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

PADAWAN: Seorang lelaki ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol di Batu 16, Jalan Kuching-Serian, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan dalam Op Mabuk yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan bermula jam 8 sehingga 10.30 malam.

Katanya, operasi diketuai ASP Kenny Charles Juta bersama tujuh anggota polis dijalankan serentak bersama sekatan jalan raya Op Covid-19.

Menjelas lanjut, beliau berkata pemandu Toyota Land Cruiser itu didapati memandu dengan kepekatan alkohol dalam darah melebihi had yang ditetapkan.

“Pemandu tersebut telah dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Padawan untuk disiasat di bawah Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, Jaw Shyong berkata sebanyak 15 keping saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Justeru beliau mengingatkan orang ramai agar tidak memandu kenderaan atau menunggang motosikal selepas mengambil alkohol untuk keselamatan diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Polis membuat pemeriksaan pada sebuah kenderaan di sekatan jalan raya Batu 16, Jalan Kuching-Serian.
Anggota polis menjalankan pemeriksaan kandungan alkohol.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan