ARTIKEL

Kereta jenis Toyota Hilux dipandu mangsa terbabas ke kanan jalan.

Pemandu maut, penumpang cedera dalam kemalangan kendiri di Sri Aman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Seorang lelaki maut dalam kemalangan kendiri setelah tercampak keluar daripada kereta pikap dipandunya di Kilometer 58, Jalan Sri Aman-Sarikei di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.56 pagi itu, mangsa berusia 56 tahun itu bersama seorang penumpang dalam perjalanan dari Kuching ke Betong untuk bekerja sebagai buruh Lebuh Raya Pan Borneo.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mathew Manggi, berkata hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kereta jenis Toyota Hilux dinaiki dua lelaki itu terbabas sendiri ke kanan jalan.

“Kenderaan itu dipercayai terbalik dan pemandu Hilux tercampak keluar dari kenderaan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di kepala.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian yang disahkan oleh petugas perubatan dari Klinik Skrang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mathew berkata, penumpang berusia 59 tahun yang mengalami kecederaan di kepala dan tangan kiri telah dibawa ke Hospital Betong untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU