ARTIKEL

Pemandu Perodua Kembara halang ambulans dalam kecemasan kena kompaun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SRI AMAN: Tindakan seorang pemandu Perodua Kembara tidak memberi laluan kepada ambulans dalam kecemasan membawa pesakit ke Hospital Sri Aman membawa padah apabila dikenakan kompaun.

Kejadian tersebut berlaku di KM 6, Jalan Sri Aman-Kuching, kira-kira jam 3 petang semalam tular di laman Facebook.

Ketua Polis Daerah Sri Aman Deputi Superintendan Mathew Manggie berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sri Aman telah mengambil tindakan mengesan pemandu terbabit.

“Pemandu telah diambil tindakan di bawah Kaedah 9 Kaedah-Kaedah Lalulintas 166/59 iaitu kesalahan tidak memberi laluan kepada ambulans,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu Mathew berkata, semua pengguna jalan raya untuk mematuhi undang-undang serta peraturan jalan raya.

Tambahnya, semua lalu lintas hendaklah apabila diberi amaran tentang kehadiran apa-apa ambulans, kenderaan bomba dan polis hendak memberi laluan yang lapang kepada kenderaan-kenderaan tersebut.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU