ARTIKEL

Pemandu selamat, Hilux dan Vellfire bertembung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SERIAN: Dua individu selamat selepas kereta mereka bertembung di Batu 29, Simpang Kampung Palah Jalan Kuching – Serian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kejadian dilaporkan kira-kira jam 12.52 tengah hari tadi, melibatkan Toyota Hilux dan Toyota Vellfire.

Keadaan kedua-dua kenderaan selepas bertembung di Batu 29, Simpang Kampung Palah Jalan Kuching – Serian pada tengah hari semalam.

“Toyota Hilux terbabit datang dari arah Serian telah hilang kawalan, berpusing beberapa kali lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Toyota Vellfire yang datang dari arah Kuching.

“Kedua-dua pemandu kenderaan terbabit tidak mengalami kecederaan serius dan mereka dapat keluar dari kenderaan masing-masing sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Katanya kemalangan turut menyebabkan berlaku tumpahan minyak di jalan berkenaan.

Susulan itu, katanya pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian menabur habuk kayu ke atas tumpahan minyak di atas permukaan jalan itu.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim