ARTIKEL

Pemandu selamat, kereta terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Seorang lelaki berusia 35 tahun terselamat apabila kereta yang dipandunya terbakar setelah terlibat dalam kemalangan di Jalan Bulan Sabit di sini sekitar jam 4.30 petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan sekitar jam 4.32 petang.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri dikerahkan ke lokasi kejadian selepas laporan diterima.

“Setibanya di lokasi kejadian, komander operasi melaporkan memang berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan lima buah kenderaan yang menyebabkan sebuah kereta jenis Naza berwarna merah (QMS 2592) yang dipandu seorang lelaki terbabas di dalam parit lalu terbakar di bahagian enjin.

“Bagaimanapun, mangsa tidak tersepit dan berjaya keluar, serta api juga telah berjaya dipadamkan oleh orang awam dengan menggunakan seunit alat pemadam api sebelum pihak bomba tiba,” katanya dalam satu kenyataan.

Pihak bomba mengesahkan insiden dan memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera sebelum dihantar ke hospital dengan menggunakan Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS).

LAIN-LAIN BERITA

Berita yang menyedihkan – Datuk Sim Kiang Chiok

KUCHING : Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok, menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini. Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan

BERITA TERBARU

Berita yang menyedihkan – Datuk Sim Kiang Chiok

KUCHING : Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok, menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib

Projek ART Johor bechuntoka pemujur Sarawak

KUCHING: Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) di Sarawak deka nyadi malin ungkup projek ART ti deka dipejalai di nengeri Johor. Perintah Nengeri Johor benung ngelanggur