Pemandu terselamat, kereta terbakar di Bintulu

BINTULU: Seorang lelaki terselamat selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandu terbakar di Batu 27, Jalan Pan Borneo (Bintulu – Bakun), awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4 pagi.

Katanya, sepasukan sepuluh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu diketuai PBK Stephen Plen bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi memadam kebakaran.

Sebaik tiba, komander operasi melapor dan mendapati sebuah kenderaan pacuan empat roda terbakar 100 peratus,katanya.

Pihak bomba hanya membuat pembersihan (flushing) dengan menggunakan satu aliran melalui salur bantu mula daripada jentera di tapak lokasi kemalangan.

Kebakaran tersebut mengakibatkan kemusnahan 100 peratus kenderaan pacuan empat roda dan mangsa mengalami kecederaan ringan dibawa ke hospital oleh keluarga mangsa sendiri.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.09 pagi.

Keadaan kenderaan pacuan empat roda yang terbakar dalam kejadian di Batu 27, Jalan Pan Borneo (Bintulu – Bakun), awal pagi Sabtu.

Suara Sarawak