ARTIKEL

Pemandu van langgar murid prasekolah dibebas dengan jaminan polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Pemandu van sekolah yang ditahan selepas dipercayai melanggar seorang murid prasekolah sehingga maut di Jalan Suria, Bandar Seri Alam di sini semalam, telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata wanita berusia 50 tahun itu yang ditahan semalam, dibebaskan setelah selesai diambil keterangan.

“Pemandu tersebut (mendakwa) mengatakan tidak nampak mangsa (berada di hadapan van) ketika kejadian, sebab abang mangsa dilihat keluar dan melalui belakang van, lalu berada di pagar rumah dan menyangka mangsa turut mengikut abangnya itu.

“Bagaimanapun, mangsa mungkin berada di hadapan van setelah pemandu itu merasakan melanggar sesuatu, namun mangsa tidak diseret,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam di sini hari ini.

 Mohd Sohaimi berkata hasil siasatan mendapati pemandu tersebut tidak mempunyai rekod saman trafik dan beroperasi sebagai pemandu van sekolah secara sah.

Beliau berkata ibu mangsa berusia 39 tahun turut diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Pada kejadian 11.35 pagi semalam, kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu maut selepas dilanggar van sekolah dinaikinya, setelah mangsa dan abangnya yang berusia enam tahun diturunkan di hadapan rumah mereka.

Sementara itu dalam kes berlainan, Mohd Sohaimi berkata seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun ditahan selepas cuba memberi rasuah RM18,000, dalam satu operasi serbuan minuman keras tidak bercukai di Taman Air Biru, Pasir Gudang di sini semalam.

Beliau berkata rasuah itu cuba diberikan kepada pihak polis sebagai dorongan untuk tidak mengenakan tindakan terhadap pekerjanya, iaitu seorang warga asing berusia 48 tahun yang turut ditahan dalam serbuan itu.

“Serbuan dilakukan 2 petang oleh Pasukan Polis Marin Wilayah Dua itu, menemukan 1,080 tin dan 384 botol minuman keras dipercayai diseludup di dalam rumah tersebut,” katanya.

Mohd Sohaimi berkata lelaki berusia 51 tahun itu yang merupakan majikan warga asing tersebut, diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 17(B) Akta SPRM 2009.

“Warga asing itu pula direman selama lima hari bermula hari ini mengikut Seksyen 166C Akta Kastam 1967,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.

91 murid keracunan makanan, tiada kes kritikal

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin mengesahkan berlaku kes keracunan makanan melibatkan 91 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya semalam.

BERITA TERBARU

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.

91 murid keracunan makanan, tiada kes kritikal

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin mengesahkan berlaku kes keracunan makanan melibatkan 91 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya semalam.