ARTIKEL

Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor calon PN bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HULU SELANGOR: Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumum sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).
Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan Utama gabungan politik berkenaan di Batang Kali malam ini.

Muhyiddin berkata, pemilihan Khairul Azhari, 54, sebagai calon diputuskan sebulat suara pada Mesyuarat Tertinggi PN.

“Beliau sudah lama terlibat dalam politik, anak tempatan dan ada pengalaman pegang jawatan seperti Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor dan Naib Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor, jadi kita pimpinan kira ini adalah langkah wajar,” katanya. 

Memiliki Master Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang, bapa kepada tiga orang anak itu juga adalah Pengurus Besar Global Valley Venture Sdn Bhd selain pernah memegang beberapa jawatan antaranya Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, Pengurus Besar Petogras Resources dan Eksekutif Kewangan di Bursa Malaysia.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh pengundian bagi PRK DUN KKB di Selangor pada 11 Mei manakala penamaan calon Sabtu ini dan pengundian awal pada 7 Mei.

Baca lain  KLIA terbaik dunia

PRK itu adalah yang ketujuh selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada 2022 dan diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.
– Bernama

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU