ARTIKEL

Pematuhan antarabangsa penting untuk tembusi pasaran global

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BERLIN: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia perlu berusaha ke arah mencapai garis panduan dan pematuhan antarabangsa untuk menembusi pasaran global.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata pihaknya menyediakan garis panduan untuk pematuhan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) bagi industri berkaitan.

Beliau berkata pematuhan sedemikian penting kerana pasaran utama dunia seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah mensyaratkan pematuhan ESG sebagai kriteria kemasukan produk atau perkhidmatan.

“Kita mahu PKS memenuhi kriteria sedemkian, termasuk pensijilan halal.

Justeru, lebih mudah kementerian ini untuk mendorong PKS ke pasaran eksport dan menyertai ekspo seperti ini,” katanya di luar acara SME Future Day di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama pada acara anjuran Persatuan Perniagaan Kecil dan Sederhana Jerman (BVMW) dan melawat reruai Malaysia.

Ewon berkata terdapat 1.1 juta PKS di Malaysia pada masa ini, kebanyakannya adalah perusahaan mikro dan lebih 16,000 koperasi dengan jumlah keahlian lebih tujuh juta orang.

Baca lain  BNM, Bank Dunia umum inisiatif untuk sokong hasil positif alam semulajadi

Beliau berkata kementerian melalui SME Bank dan SME Corp membawa enam syarikat Malaysia menyertai ekspo itu, dengan harapan dapat membantu mereka menembusi pasaran Jerman dan Eropah.

Syarikat itu ialah Marniq Bersatu Sdn Bhd, Primelux Energy Sdn Bhd, Ade Azhar Trading Sdn Bhd, 59Kopa Sdn Bhd, Marrybrown dan Old Town White Coffee.

Kementerian itu juga merangka Program Eksport Perniagaan (BEP) di bawah SME Bank dan Program Insentif Eksport Bumiputera (GEB) oleh SME Corp untuk menggalakkan eksport, katanya.

“Kita berharap lebih banyak syarikat menyertai program ini.

Saya memohon belanjawan yang lebih besar untuk kementerian daripada Perdana Menteri supaya kita dapat membawa lebih ramai usahawan ke ekspo luar negara,” katanya. – Bernama

BERITA LAIN

Syarikat M’sia yakin penuh dengan pasaran China

HAIKOU: China mempunyai jumlah penduduk antara tertinggi di dunia dan pasaran penggunaannya mempunyai daya tarikan besar, kata Penolong Pengerusi Persatuan Perniagaan Antarabangsa Promas Malaysia (Promas), Datin

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh