ARTIKEL

KUALA LUMPUR, 30 Dis -- Sebuah Transit Aliran Ringan (LRT) dilihat menuju ke Stesen LRT PWTC hari ini. Pengendali perkhidmatan sistem rel transit dan bas Rapid KL akan melanjutkan waktu operasi pada malam esok bagi memenuhi keperluan orang ramai yang akan menghadiri sambutan ambang Tahun Baru 2019.
Stesen LRT KLCC dan stesen LRT Masjid Jamek dilanjutkan perkhidmatan sehingga jam 2 pagi manakala 13 stesen lain iaitu LRT Pasar Seni, LRT Ampang Park, LRT USJ7, LRT Maluri, Monorel Bukit Bintang, MRT Cochrane, MRT Maluri, MRT Mutiara Damansara, MRT Pasar Seni, BRT Sunway Lagoon dan BRT Setia Jaya akan dilanjutkan sehingga jam 1 pagi .
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan hari ini berkata lanjutan perkhidmatan itu akan membabitkan 14 stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Transit Aliran Massa (MRT), Monorel, Bas Rapid Transit (BRT) serta 15 laluan bas Rapid KL dan perantara MRT.
-- fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA


Pembaharuan fiskal kukuhkan asas makroekonomi negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Langkah-langkah kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan dan pengukuhan fiskal bakal mengukuhkan lagi asas makroekonomi Malaysia, kata Manulife Investment Management (Manulife IM).

Pengurus portfolio kanan bahagian ekuitinya, Kenglin Tan berkata walaupun ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara paras 4.0 dengan 5.0 peratus pada 2024, satu daripada langkah-langkah utama yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah kerjasama ekonomi antara Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan Zon Ekonomi Khas (SEZ).

“Kerajaan juga berusaha untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) dengan mengambil pendekatan mesra perniagaan dan mesra pelabur.

“Pengecualian cukai keuntungan modal (CGT) ke atas unit amanah baru-baru ini merupakan satu lagi bukti amalan pendekatan mesra pasaran modal oleh kerajaan,” katanya pada taklimat media prospek pelaburan Manulife IM 2024, di sini, semalam.

Sebelum ini, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata kerajaan bersetuju untuk mengecualikan cukai pendapatan sumber asing berkuat kuasa mulai 1 Januari, 2024 hingga 31 Disember 2026 manakala pengecualian CGT berkuat kuasa 1 Januari 2024 hingga 31 Disember, 2028.

Di samping itu, pelaksanaan subsidi bersasar atau bantuan sosial menunjukkan bahawa Malaysia berazam untuk mengukuhkan kedudukan fiskal terbesarnya dan pada masa sama memacu pertumbuhan ekonomi.

“Pasaran ekuiti Malaysia bermula kukuh setakat ini pada tahun ini dan kita sudah melihat aktiviti rancak dalam sektor pembinaan dan hartanah.

Diharap, apabila ini berterusan dan aktiviti semakin meningkat, ia bakal memberi petanda baik untuk ekonomi secara keseluruhan.

“Selain itu, kita mempunyai banyak saham yang kurang nilai dalam pasaran ekuiti dan ia sepatutnya menular ke sektor lain seperti sektor kewangan serta sektor perindustrian,” kata Tan.

Sementara itu, ketua pegawai pelaburan, pendapatan tetap Asia (kecuali Jepun), Murray Collis berkata Manulife IM melihat potensi ringgit kembali stabil pada 2024. “Ini dipacu oleh dua faktor.

Pertamanya, jangkaan penurunan kadar oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dan keduanya, kami menjangka melihat peningkatan, terutamanya dalam akaun semasa Malaysia.

“Pada 2023, lebihan akaun semasa terjejas oleh eksport komoditi rendah tetapi ia dijangka meningkat tahun ini daripada peningkatan pelancongan dan pengumuman pengecualian visa bagi pengembara China dan India,” katanya.

Bagaimanapun, Collis berkata Manulife IM berpandangan neutral terhadap pasaran bon Malaysia kerana tidak begitu menarik berbanding beberapa pasaran hasil tinggi di rantau ini. – Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Teknik eratkan hubungan keluarga

SIKAP SEDERHANA keluarga adalah suatu cara hidup yang mendasarkan diri pada prinsip kesederhanaan, kecukupan dan keutamaan dalam setiap aspek. Pendekatan ini dapat mengeratkan hubungan ahli