Trending

Pembangkang tidak perlu membuat andaian yang mengelirukan rakyat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Parti Pembangkang yang terdiri daripada DAP, PSB mahupun PKR tidak perlu membuat andaian bahawa Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Artikel 16 Perlembagaan Sarawak mempunyai kesilapan.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, meskipun pengubalan RUU mendapat kelulusan majoriti dua pertiga Dewan Undangan Negeri (Dun), pihak pembangkang masih war-warkan ada kesilapan pada pindaan RUU tersebut.

Kata Abdul Karim, dakwaan yang dikatakan oleh pembangkang adalah bohong dan bertujuan untuk mengelirukan rakyat agar mereka merasakan ada kesilapan pada pengubalan RUU tersebut.

“Saya agak sedih dengan apa yang dikatakan oleh Chong Chieng Jen dari Kota Sentosa, beliau mengatakan RUU masih tidak lengkap, begitu juga dengan Baru Bian dan Datuk Seri Wong Soon Koh yang juga mengatakan bahawa RUU tidak lengkap.

“Tetapi bagi saya, apa yang digubalkan cukup lengkap sekali kerana kita tidak boleh menggunakan kes hipotetikal,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik di Facebook.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan memberitahu, dakwaan pihak pembangkang seolah-olah memberi gambaran buruk terhadap kerajaan.

Kata Abdul Karim, pihak pembangkang boleh membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk diselesaikan.

Tambahnya, mahkamah akan menentukan apabila seseorang itu layak atau tidak layak untuk bertanding di Sarawak.

“Mahkamah akan melihat semula bagaimana niat RUU itu dibentangkan. Mereka mungkin akan melihat semula bagaimana perbahasan dalam Dun itu dijalankan untuk melihat apakah niat sebenar kerajaan membentangkan RUU itu.

“Apabila mahkamah membuat keputusan, mahkamah akan melihat secara menyeluruh sama ada di peringkat apa yang digubal mahupun apa tertulis dalam pindaan Artikel 16 Perlembagaan Sarawak ataupun melihat semula kepada perkara lain antaranya Akta Imigresen mengenai hak-hak mereka yang layak di negeri Sarawak ini,” ujarnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

PBK bawa politik murahan

BETONG: Membangkitkan dakwaan tentang kemungkinan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS)

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru