ARTIKEL

Abdul Karim menjawab soalan daripada pemberita.

Pembangunan bakat dalam sukan juga tanggungjawab Kerajaan Negeri, bukan hanya Kerajaan Pusat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ASAJAYA: Usaha memperkasakan pembangunan bakat, terutamanya dalam bidang sukan renang dan terjun di negara ini, bukan hanya terletak di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata sebaliknya, usaha tersebut harus dilakukan semua pihak, termasuk Kerajaan Negeri.

“Saya bersetuju dengan saranan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, bahawa tanggungjawab untuk membangunkan sukan tidak hanya diletakkan di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat, namun ia juga perlu dilakukan oleh Kerajaan Negeri.

“Ini kerana ia melibatkan maruah negara. Tanpa adanya sokongan dan bantuan Kerajaan Negeri, mustahil untuk Kerajaan Pusat dan mereka yang terlibat seperti persatuan-persatuan sukan untuk melahirkan atlet-atlet yang boleh mengharumkan nama negara hingga ke peringkat Olimpik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Program Pengagihan Daging Korban di Dewan Masyarakat Kampung Asajaya Ulu di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan
(KBS) menggesa semua Kerajaan Negeri untuk membuat pelaburan demi pembangunan bakat baharu bagi melahirkan lebih ramai atlet dalam sukan renang dan terjun.

Menterinya, Hannah Yeoh, berkata setakat ini, hanya dua negeri, iaitu Sabah dan Sarawak, yang dilihat banyak melabur dalam pembangunan dua sukan tersebut.

“Kita lihat sukan terjun merupakan sukan yang banyak memberi pingat kepada Malaysia.

“Sekarang hanya dua negeri, iaitu Sabah dan Sarawak, yang banyak membelanjakan duit untuk jurulatih dan melahirkan bakat baharu,” katanya.

Sehubungan itu Abdul Karim, yang menyambut baik saranan tersebut, turut menyeru agar semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam usaha memperkasakan lagi pembangunan bakat baharu dalam sukan itu di Sarawak mahupun di Malaysia.

Katanya, usaha itu perlu dilakukan sejak peringkat bawah, seperti di sekolah-sekolah rendah, dan Kerajaan Negeri bertanggungjawab untuk memastikan kemahiran bakat-bakat baharu dapat diperkasakan.

“Dan dari peringkat sekolah, kita dapat mengesan bakat-bakat baharu supaya dapat dididik sehingga dapat ke peringkat yang lebih tinggi.

“Di Sarawak, memang kita sentiasa berusaha membangunkan atlet-atlet sukan.

“Sebab itu di Kuching, kita mempunyai Kompleks Belia dan Sukan Sarawak, dan saya berani katakan bahawa kompleks sukan itu terbesar di Malaysia.

“Malah kita juga dalam usaha untuk membina velodrome kerana itu sahaja fasiliti yang kita belum ada.

“Pada masa sama, Sarawak juga mahu menjadi penganjur SUKMA walaupun negeri-negeri lain semua enggan disebabkan masalah ekonomi,” katanya.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya