Pembangunan di Tanjung Manis perlu dilonjak untuk tampung populasi kian bertambah

KUCHING: Masih banyak perkara perlu dilakukan di Daerah Tanjung Manis bagi mencapai impak perancangan untuk pembangunan ekonomi Sarawak, kata Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh.

Kata Len, ia meliputi naik taraf kemudahan asas sedia ada dalam Daerah tersebut termasuk infrastruktur telekomunikasi dan jalan raya serta yang lain.

“Jika orang bertanya kepada saya sama ada saya berpuas hari, sudah tentu saya tidak berpuas hati. Namun dalam keadaan yang kita hadapi sejak 30 tahun yang lalu dan keadaan ketika ini, saya amat gembira.

“Dengan memahami kesukaran yang kita hadapi dari segi kewangan dan pembangunan infrastruktur dan sebagainya. Saya amat gembira dengan apa yang ada sekarang tetapi terdapat banyak perkara yang harus dilakukan,” katanya pada temu bual di pejabatnya di Wisma Sumber Alam, di sini hari ini.

Suara Sarawak