ARTIKEL

Pembangunan HEP di Indonesia, tingkatkan kedudukan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

INDONESIA: Pelaburan Sarawak Energy Berhad (SEB) dalam projek Empangan Kuasa Hidroelektrik (HEP) Mentarang di Kalimantan Utara, Indonesia mampu meningkatkan kedudukan Sarawak sebagai kuasa ekonomi serantau.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, usaha tersebut merupakan langkah ke hadapan yang penting bagi sektor tenaga boleh diperbaharui di negeri ini.

“Ini kerana ia disifatkan sebagai projek nasional yang strategik dan terbesar di Indonesia,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Projek Empangan HEP Mentarang yang disempurnakan Presiden Indonesia Joko Widodo, di sini, hari ini.

SIMBOLIK… Joko Widodo (tiga kiri) menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Empangan HEP Mentarang di Indonesia, hari ini. Hadir sama, Abang Johari (tiga kanan).

Terdahulu Joko berkata, pelaksanaan projek itu mencerminkan semangat kerjasama yang kuat antara rakyat Indonesia dan Malaysia sebagai negara jiran.

Malah katanya, HEP juga akan membekalkan kuasa kepada industri tempatan di Kalimantan Utara di sini dan dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang 2030.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada masyarakat setempat terutama suku Punan dan Lun Dayeh yang menyokong projek itu sekali gus berharap ia dapat meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat.

LAWATAN… Sekitar lawatan Abang Johari di Majlis Pecah Tanah Projek Empangan HEP Mentarang di Indonesia.

Terdahulu, Abang Johari bersama-sama rombongannya tiba di Indonesia melalui Tarakan semalam atas jemputan konsortium pelabur untuk menyaksikan program pecah tanah projek tersebut.

Lawatan turut diiringi oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni.

Difahamkan, projek HEP bernilai USD2.6 bilion berkenaan mampu menghasilkan tenaga elektrik sebanyak 1,375 megawatt (MW).

Sementara, SEB mempunyai 25 peratus ekuiti dalam syarikat induk mengendalikan projek terbabit apabila mempunyai dua pemegang saham lain iaitu PT Kayan Patria Pratama sebanyak 25 peratus dan PT Adaro Energy Indonesia Tbk sebanyak 50 peratus.

BERITA LAIN

19 maut akibat strok haba di India

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya lima orang maut akibat strok haba di ibu kota India dan hampir 14 lagi meninggal dunia di bandar jiran Noida dalam tempoh

BERITA TERBARU