ARTIKEL

Pembangunan Identiti Digital Nasional guna kepakaran tempatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Pembangunan teknologi serta segala kepakaran lain berkaitan pelaksanaan Identiti Digital Nasional atau Digital ID adalah menggunakan sepenuhnya tenaga dan sumber tempatan.

Pegawai Tugas-Tugas Khas di Pejabat Menteri Dalam Negeri, Dr Azman Hussin berkata pembangunan Digital ID itu menggunakan teknologi baharu kriptografi post quantum computing compliance yang dibangunkan universiti tempatan.

“Dari segi peranti (telefon pintar) untuk guna Digital ID ini mungkin kita masih guna luar negara seperti Apple, Samsung, tapi falsafah projek ini adalah projek asli Malaysia, kemahiran sains, kejuruteraan, perisian sepenuhnya daripada hasil anak tempatan.

“Lebih membanggakan, teknologi yang kita gunakan itu amat selamat, yang mana pada masa depan  dijangka akan dicipta satu quantum computer yang boleh pecahkan semua kriptografi sedia ada, tapi algoritma kita untuk Digital ID ini, quantum computer itu tidak akan dapat pecahkan,” katanya pada program Ruang Bicara yang disiarkan secara langsung di saluran Bernama TV semalam.

Azman berkata dengan tidak meletakkan kebergantungan kepada pakar luar, projek Digital ID itu secara langsung akan membolehkan ekosistem pemain industri tempatan dalam hal teknologi berkaitan dapat dibina dan diperkasakan.

Digital ID merupakan suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian.

Tanpa menggantikan sistem MyKad, Digital ID merupakan platform yang dipercayai dan selamat serta memudahkan pengesahan identiti dalam talian bagi mengelakkan penipuan identiti dalam urusan secara dalam talian.– BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Mesyuarat mingguan hingga 20 Mac selesai isu padi, beras

KUALA LUMPUR: Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta majlis itu

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim