ARTIKEL

Datuk Amar Dr Sim Kui Hian

Pembangunan infrastruktur terus diberi tumpuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak mendapat peruntukan RM489.95 juta untuk pelaksanaan pelbagai projek melalui 24 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Timbalan Premier yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, RM207.66 juta (42.38%) daripada peruntukan yang diluluskan itu diagihkan untuk pelbagai projek infrastruktur seperti penambahbaikan jalan dan saliran, kawasan pantai, naik taraf pasar, penyediaan lampu jalan, lampu isyarat, tandas awam, perpustakaan awam, pengindahan bandar dan landskap serta kemudahan luar bandar hingga 30 April lalu.

Kesemua projek itu, katanya, berada pada pelbagai peringkat pelaksanaan oleh pelbagai PBT.

“Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang diterajui oleh Kerajaan Sarawak memainkan peranan penting dalam meremajakan kawasan luar bandar dengan meningkatkan infrastruktur dan kemudahan awam untuk manfaat rakyat.

“Sepanjang tempoh dari 2015 hingga 2023, Kerajaan Sarawak meluluskan 5,499 projek sebagai sebahagian daripada RTP, dengan memperuntukkan RM912.67 juta kepada kementerian saya.

“Hingga kini, kita telah berjaya menyiapkan 4,778 projek, bersamaan 87 peratus daripada jumlah projek yang diluluskan di bawah pelaksanaan pelbagai PBT,” katanya semasa sesi penggulungan bagi kementeriannya pada Sidang DUN hari ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Enam ekor lembu mati dilanggar treler

ALOR GAJAH: Enam ekor lembu mati dilanggar sebuah treler di Jalan Cherana Putih di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Alor Gajah SUPT Ashari Abu

MCMC, PDRM banteras kegiatan pancing data

PUTRJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia berjaya membanteras kegiatan memancing data (phishing) melalui pautan khidmat pesanan ringkas (SMS) menerusi