ARTIKEL

Pembantu kedai miliki dadah ditangkap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Seorang pembantu kedai dari Kampung Litong Mukah ditahan pihak polis dalam satu operasi Ops Tapis pada pagi Jumaat kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendent Muhamad Rizal Alias, suspek ditahan di hadapan premis di Mukah sekitar jam 8.15 pagi oleh sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah.

DIRAMPAS… Suspek ditahan di hadapan premis kedai di Mukah pada pagi Jumaat.

“Hasil pemeriksaan, kita telah merampas satu beg silang berwarna kelabu dan menemui satu paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.12 gram dengan nilai anggaran RM50,” katanya dalam satu kenyataan.

Suspek yang berusia 25 tahun itu kemudiannya ditahan dan diberitahu kesalahannya dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah untuk tindakan lanjut.

Hasil siasatan awal mendapat suspek terlibat dengan penagihan dadah jenis syabu sejak pertengahan tahun 2021 sehingga kini dan dadah katanya diperolehi di sekitar kawasan pasar Mukah.

Ujian saringan awal ke atas suspek turut menunjukkan suspek positif dadah jenis Amphetamine.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha