ARTIKEL

Pembantu pengurusan tidak mengaku salah cabul 6 murid OKU, guru bebas dengan jaminan polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Seorang pembantu pengurusan murid pendidikan khas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas enam pertuduhan melakukan amang seksual terhadap enam orang murid berusia 11 tahun hingga 14 tahun.

Tertuduh berusia 43 tahun dari Kampung Kesindu membuat pengakuan itu sebaik saja enam pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Shafiza Datu Abdul Razak Tready.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke keempat, dia melakukan amang seksual terhadap empat kanak-kanak perempuan Orang Kelainan Upaya(OKU) berusia 11 hingga 14 tahun dengan menyentuh kemaluan dan meraba payudara serta punggung kesemua mangsa.

Manakala, pertuduhan kelima dan keenam, dia didakwa melakukan amang seksual terhadap dua murid lelaki (OKU) berusia 12 dan 13 tahun dengan menyentuh kemaluan dan meraba punggung mangsa.

Bagi kesemua pertuduhan itu, dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah sekolah pendidikan khas di Serian, antara bulan Mac dan November tahun ini.

Pendakwaan kes bagi ke semua pertuduhan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta yang sama, dan dibaca bersama dengan Seksyen 16 Akta yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Aiman Mutallib Mohamad Shariff tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh kerana ia bukan kesalahan yang boleh dijamin selain mengelak daripada melarikan diri.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan tertuduh dijamin tunai RM8,000 dan dua penjamin tempatan bagi setiap pertuduhan yang dikenakan.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula bagi pengurusan kes pada 8 Januari 2024.

Tertuduh tidak diwakili peguam hadir ke mahkamah hari ini bersama ahli keluarga.

Sementara itu, di mahkamah yang sama menolak sambungan reman seorang seorang guru penyelaras pengawas bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap tiga orang murid lelaki (OKU) berusia 14 hingga 15 tahun di sekolah yang sama.

Suspek berusia 48 tahun yang diwakili Peguam Shankar Ram dibebaskan dengan jaminan polis.

Terdahulu, guru terbabit ditahan reman pada 22 November hingga hari ini.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU

Meruked lancar muzik video baharu

KUMPULAN muzik tempatan Meruked melancarkan single dan muzik video terbaharu mereka berjudul Kining Posah pada Jumaat ini.  Menurut vokalis, Syed Ashraf Edruce, Kining Posah bermaksud

Tarikan ekopelancongan burung walit

AKTIVITI EKONOMI dan keusahawanan penduduk kampung mampu dibangun dan diperkasa melalui pembangunan Projek Ekopelancongan Burung Walit Kampung Merembeh. Projek tersebut membuka peluang pekerjaan baharu dan