ARTIKEL

Pembasmian 50 peratus kemiskinan tegar disasarkan di Sarawak menjelang 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Sarawak mahu membasmikan kemiskinan tegar sebanyak 50 peratus menjelang 2026, kata Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Hingga Mei tahun ini, jelas Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti itu, terdapat sebanyak 1,298 nama penduduk miskin tegar dalam pangkalan data eKasih.

Menurutnya, angka itu mungkin tidak menggambarkan jumlah sebenar golongan miskin tegar kerana sesetengah daripada mereka mungkin telah bertambah baik dari segi ekonomi.

“Senarai nama mereka sepatutnya tidak ada lagi,” katanya kepada media selepas merasmikan penutupan Karnival Wellbest Sarawak 2024 di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat itu mengatakan bahawa kementeriannya telah menubuhkan pasukan petugas pembasmian kemiskinan tegar untuk mengesahkan siapa sebenarnya golongan miskin tegar dalam pangkalan data eKasih.

Anggota pasukan petugas itu, katanya, terdiri daripada pegawai daerah, penghulu rumah panjang dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).

“Apa yang kita lakukan sekarang (bantuan kewangan kepada golongan miskin) bukanlah sesuatu yang baharu tetapi yang baharu ialah kita akan mengenal pasti siapa sebenarnya golongan miskin tegar dalam pangkalan data eKasih.

“Contohnya, pencari nafkah keluarga mungkin sudah tidak ada pendapatan untuk keluarga atas pelbagai sebab seperti sakit tua dan penyakit kronik, inilah yang kita mahu membasmi kemiskinan tegar,” tegasnya.

Tentang kriteria untuk memilih golongan miskin tegar, Fatimah menjelaskan bahawa mereka mesti menunjukkan tempoh tiga bulan berturut-turut mulai Jun tahun ini bahawa mereka adalah kumpulan sasaran bagi bantuan itu.

Selain itu, tambahnya, pasukan petugas juga akan mengenal pasti ahli keluarga yang berkebolehan menjalankan aktiviti menjana pendapatan.

“Kami akan menyediakan kemudahan yang berjumlah hingga RM5,000 untuk mereka berbuat demikian,” katanya.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam, dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Adana Jed.

BERITA LAIN

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual

BERITA TERBARU

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual