ARTIKEL

Pembatalan penerbangan: AirAsia sediakan pilihan kepada penumpang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: AirAsia akan menyediakan pilihan kepada penumpang yang penerbangannya dibatalkan akibat letusan Gunung Ruang di Kepulauan Sulawesi Indonesia, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Bo Lingam.

Beliau berkata, penumpang boleh meminda penerbangan mereka, dengan membuat perubahan sekali sahaja kepada mana-mana tarikh perjalanan baharu untuk laluan yang sama, dalam tempoh 30 hari dari tarikh berlepas asal tanpa kos tambahan dan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.

“Mereka juga boleh mengekalkan nilai tempahan penerbangan dalam akaun ahli AirAsia Rewards untuk perjalanan akan datang dengan AirAsia, yang perlu ditebus dalam tempoh 2 tahun dari tarikh pengeluarannya.

“Penumpang boleh memilih tarikh baharu perjalanan pada mana-mana tarikh dalam jadual penerbangan yang ada di airasia.com,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penerbangan pergi balik sembilan lapangan terbang termasuk Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Labuan, Miri, Sibu, Bintulu, Kuching dan Brunei, akan terjejas oleh pembatalan yang bermula 10 pagi hari ini hingga 8 pagi 19 April.

Penumpang AirAsia yang melakukan perjalanan kepada dan dari destinasi yang terjejas, boleh menyemak status penerbangan terkini mereka di airasia.com/flightstatus.
Selain itu, Bo Lingam berkata penumpang yang ingin melakukan perubahan tempahan secara dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau AirAsia MOVE.

“Daripada kategori yang tersedia, penumpang boleh klik pada ‘Perubahan Tempahan’ kemudian ‘Perubahan Penerbangan’ dan akhir sekali ‘Penerbangan saya telah ditukar oleh AirAsia’. Dari situ, cuma ikut arahan untuk membuat perubahan pada tempahan anda,” katanya.

“Kami faham bahawa ini mungkin menyusahkan penumpang dan kami memohon maaf atas gangguan terhadap rancangan perjalanan mereka. Bagaimanapun, keselamatan penumpang dan krew kami menjadi suatu keutamaan dan kami menghargai pemahaman dan kerjasama penumpang pada ketika ini,” katanya.

Syarikat penerbangan itu, menurut Bo Lingam, akan terus memantau keadaan dengan teliti dan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan, termasuk pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia untuk menilai keadaan sebelum menyambung semula operasi ke destinasi yang terjejas.
– Bernama

BERITA LAIN

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

Polis mohon bantuan cari kanak-kanak hilang

JOHOR BAHRU: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 20 Mei lepas. Ketua Polis Daerah

PDRM

Warga emas ditemui maut dalam longkang

IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar Sungai Pinji, Kampung Sungai Rapat, di sini semalam. Ketua

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA