ARTIKEL

Karim ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak di sini, hari ini. (Foto oleh Ramidi Subari)

Pembatalan penerbangan Sarawak, Sabah ke/dari KLIA bersifat sementara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pembatalan penerbangan ke/dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Sabah dan Sarawak hari ini dijangka hanya sementara susulan letusan Gunung Berapi Ruang di Utara Sulawesi.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pembatalan ini dilaksanakan berikutan langkah berjaga-jaga yang perlu diambil oleh pengendali penerbangan mengambil kira situasi berkenaan.

“Saya agak terkejut apabila melihat perkara seperti ini berlaku tidak jauh dari Borneo, iaitu di Gunung Ruang.

“Saya percaya yang ini hanya sementara. Mereka perlu memastikan bahawa penerbangan adalah baik-baik saja kerana habuk dari mana-mana letusan gunung berapi pasti akan menjejaskan pesawat, apabila mereka berada di udara.

“Ini demi keselamatan penumpang dalam penerbangan tersebut, saya rasa kita kena ambil langkah berjaga-jaga…ini adalah sesuatu yang tidak dijangka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak di Pusat Konvensyen Penview Kuching (PCC), Demak di sini, hari ini.

Gunung Ruang adalah gunung berapi strato yang terletak di Provinsi Sulawesi Utara yang dilaporkan meletus beberapa kali pada Selasa (16 April) dan Rabu (17 April).

Pihak berkuasa telah menaikkan tahap amaran ke tahap tertinggi selepas kubah itu mengeluarkan asap lebih 1.6 kilometer ke langit yang memaksa ratusan orang berpindah.

Susulan itu, Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) membatalkan beberapa penerbangan ke/dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Sabah dan Sarawak hari ini berikutan letusan Gunung Berapi Ruang di Utara Sulawesi.

Penerbangan terbabit ialah MH7420 (Kuala Lumpur-Tawau), MH7421 (Tawau-Kuala Lumpur), MH2612 (Kuala Lumpur-Kota Kinabalu), MH2621 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur), MH2710 (Kuala Lumpur-Sandakan), MH2711 (Sandakan-Kuala Lumpur).

MH2610 (Kuala Lumpur-Kota Kinabalu), MH2611 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur), MH7404 (Kuala Lumpur-Kota Kinabalu), MH7405 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur), MH2613 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur).

Selain itu, penerbangan ke/dari Sarawak yang terjejas ialah MH2520 (Kuala Lumpur-Kuching), MH2513 (Kuching-Kuala Lumpur), MH2542 (Kuala Lumpur-Kuching), MH2543 (Kuching-Kuala Lumpur), MH2574 (Kuala Lumpur-Miri), MH2575 (Miri-Kuala Lumpur), MH2742 (Kuala Lumpur-Bintulu) dan MH2473 (Bintulu-Kuala Lumpur)

Menurut Malaysia Airlines, syarikat penerbangan itu akan memantau keadaan semasa.

“Perkembangan terkini berhubung pembatalan penerbangan akan dilakukan di sini (media sosial) dan dilakukan secara terus kepada pelanggan yang terlibat,” katanya.

BERITA LAIN

PCS diterima sebagai parti komponen GRS

KOTA KINABALU, Sabah: Parti Cinta Sabah (PCS) hari ini diterima sebagai parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun.

BERITA TERBARU

Sarawak tanam 34 juta pokok

Salah satu punca konflik meningkat ialah kehilangan kawasan hutan dan ia dikaitkan dengan penularan penyakit zoonotik — penyakit daripada haiwan kepada manusia. Faktor lain seperti