HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Pembekuan pekerja Indonesia, tidak beri masalah untuk Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

GEDONG: Keputusan Kerajaan Indonesia membekukan sementara kemasukan pekerja negara itu ke Malaysia tidak memberi masalah atau impak besar kepada Sarawak.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, masalah tersebut lebih kepada pengambilan pembantu rumah warganegara tersebut.

“Saya rasa Sarawak mungkin terjejas (pengambilan pekerja Indonesia) kerana ia merupakan dasar Kerajaan Indonesia dan Kerajaan Persekutuan.

“Tetapi saya difahamkan oleh Konsul Jeneral bahawa masalah yang sedang dibincangkan (antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Indonesia) tersebut, Sarawak tiada ada masalah sangat.

“Justeru, daripada sudut masalah yang bakal timbul, negeri ini tiada masalah, ia cuma melibatkan pembantu rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Peringatan Hari Anti Dadah Kebangsaan dan Program Jualan Terus Dari Ladang Keluarga Malaysia 2022 di Dewan Patinggi Ali, di sini, hari ini.

Untuk rekod, Kerajaan Indonesia pada Rabu telah membekukan sementara kemasukan pekerja warganegaranya ke Malaysia suslan pelanggaran perjanjian pengambilan pekerja yang ditandatangani antara kedua-dua negara.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru