ARTIKEL

Datuk Ding Kuong Hiing menyampaikan sumbangan geran kepada SK Bukit Nibong.

Pembelajaran lebih kondusif di sekolah dengan kemudahan lengkap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTANGOR: Kerajaan memberi tumpuan sepenuhnya untuk melengkapkan kemudahan prasarana sekolah bagi memastikan warga pendidikan menikmati suasana pembelajaran lebih kondusif.

ADUN Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, usaha bertujuan mewujudkan persekitaran sekolah berkualiti sebagai asas kepada pembangunan modal insan seimbang.

Malah katanya, ia merupakan sebahagian agenda utama dalam meningkatkan taraf ekonomi rakyat melalui pendidikan.

“Hari ini kita menyaksikan potensi besar anak Meradong berdasarkan prestasi baik mereka dalam bidang akademik.

Malah, saya difahamkan penglibatan mereka dalam bidang kokurikulum juga begitu memberangsangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Penyerahan Geran Khas DUN Meradong untuk dua sekolah rendah di sini, semalam.

Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kawi dan SK Bukit Nibong yang menerima sumbangan berjumlah RM8,000 bagi membantu mereka melaksanakan aktiviti.

“Manfaatkanlah dana yang disalurkan ini dengan sebaik mungkin demi kebaikan dan masa depan sekolah yang seterusnya memberi manfaat kepada komuniti setempat,” katanya.

Beliau turut melakukan tinjauan kerja pembinaan ruang serbaguna SK Bukit Nibong yang sedang giat dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) berjumlah RM200,000.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,