KUCHING: Ramai pembeli tanah berdaftar tidak menerima hak milik tanah daripada pemaju Borneo Highlands Resort yang tidak berfungsi pada masa ini.
Kelab Penduduk Borneo Highlands (BHRC) dalam satu kenyataan berkata, mereka telah berusaha untuk menyelesaikan isu-isu tersebut sejak penubuhan kelab itu dan akan terus menuntut hak penduduk di bawah Perjanjian Jual Beli.
“Sebagai sebuah badan kolektif, BHRC akan dapat membantu menyediakan maklumat yang diperlukan dalam usaha untuk pemberian hak milik tanah.
“BHRC telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan setahun lalu dan antara objektif utama kelab itu adalah untuk menjaga (melindungi) hak dan kepentingan penduduk serta pemilik harta.
“Kelab ini memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan antara agensi kerajaan dan penduduk,” katanya.
Tambah kenyataan itu, selepas pemaju menutup resort itu kira-kira tiga tahun lalu, penduduk berdepan masalah seperti bekalan air dan elektrik, penyelenggaraan jalan dan keselamatan kawasan kediaman.
“BHRC telah memulakan isu-isu ini dari hari pertama penubuhannya dan akan terus menuntut apa yang penduduk berhak mengikut Perjanjian Jual Beli, kata kelab itu lagi.