ARTIKEL

Pemberian kontrak ISS 2 kapal selam TLDM bukti keyakinan kepada BHIC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: BHIC Submarine Services Engineering Sdn Bhd (BSES), Syarikat milik penuh Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) menerima surat anugerah (LOA) daripada Kementerian Pertahanan untuk menyediakan perkhidmatan In-Service Support 2 (ISS 2) kepada kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ketua Pegawai Eksekutif BHIC Feroz Razi Ramli berkata pemberian LOA ini membuktikan keyakinan kerajaan Malaysia terhadap kebolehan BSES dan BHIC menyiapkan projek pada masa yang ditetapkan, mengikut kos peruntukan serta memenuhi permintaan pelanggan.

“Keyakinan yang ditunjukkan oleh kerajaan terhadap BSES untuk terus memberikan perkhidmatan ISS kepada kapal selam TLDM merupakan undi percaya kepada Kumpulan BHIC bagi menyelenggara aset ketenteraan yang menjadi tunjang kepada keselamatan dan kepentingan strategik negara,” katanya menerusi kenyataan media malam semalam.

Beliau berkata pemberian kontrak itu merupakan bukti kebolehan dan kecekapan syarikat berkenaan dalam memberikan perkhidmatan penyelenggaraan kapal selam TLDM dan memastikan ia boleh dikendalikan dengan selamat dan efisien untuk menjaga keselamatan perairan negara.

“Ia juga merupakan satu pencapaian signifikan kepada sebuah syarikat tempatan untuk menyelenggara dan mengimplementasikan ISS terhadap kapal selam TLDM,” katanya.

Kontrak ISS 2 bernilai RM1.1 bilion ini bermula secara retrospektif dari 15 Feb lepas hingga 14 Feb 2029 dan BHIC menjangkakan kontrak ini akan menyumbang secara positif kepada tahun kewangan berakhir 31 Dis ini.

Pada Mac tahun lepas, Kementerian Pertahanan yang mewakili kerajaan Malaysia telah memberikan BSES kontrak interim bernilai RM143 juta untuk menjalankan kerja-kerja ISS terhadap kapal selam TLDM dan sepanjang tempoh kontrak ini, BSES telah membuktikan kebolehannya dengan mencapai semua matlamat yang ditetapkan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Holdings Berhad Izaddeen Daud berkata anugerah kontrak ISS 2 serta pembaharuan kontrak-kontrak kerajaan bernilai tinggi kepada Kumpulan BHIC mempamerkan kebolehannya sebagai antara rakan strategik pertahanan utama di Malaysia.

“BHIC bersedia untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam industri pertahanan melalui penglibatan dalam inisiatif-inisiatif negara dan mengembangkan rantaian bekalan dalam sektor pertahanan.

Ini akan mengukuhkan lagi kedudukan syarikat dalam kalangan pemain industri dalam menyumbang kepada pembangunan dan pertumbuhan industri pertahanan yang lebih mampan,” katanya. — BERNAMA

BERITA LAIN

Gas asli pastikan lampu rumah menyala

KEKAYAAN sumber gas asli yang ditemukan di ketiga-tiga wilayah – Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak – di negara ini, membolehkan penduduk menikmati bekalan tenaga mampu

Teroka tenaga kerja berkemahiran tinggi

BINTULU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering menjadi agenda utama pendidikan negara dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan keperluan industri

Jadi usahawan berinovasi

KUCHING: Usahawan Bumiputera perlu menghapuskan sikap kebergantungan kepada kerajaan untuk mengukuhkan perniagaan mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP