Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Pembesaran bandar Kapit, rancakkan pembangunan luar bandar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Abang Johari merakam gambar kenangan selepas Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Pembangunan Sarawak di Kapit, hari ini.

KAPIT: Kerajaan Sarawak bakal melaksanakan projek pembaharuan dan pembesaran bandar Kapit melalui pelan induknya bagi merancakkan pembangunan bahagian tersebut.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bandar baharu itu kelak akan menghubungkan bandar lama Kapit dan seterusnya jalan besar menuju ke Sibu.

“Pembangunan bandar Kapit itu sendiri sangat pesat sekarang sehingga berlakunya kesesakan lalu lintas.

Abang Johari merakam gambar kenangan selepas Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Pembangunan Sarawak di Kapit, hari ini.

“Oleh itu, kita bakal membangunkan Kapit baharu, iaitu pembesaran bandar Kapit. Sebenarnya, kerajaan sudah mempunyai pelan induk untuk tujuan tersebut.

“Ia juga sudah dibangunkan dengan baik untuk kawasan ini, termasuklah juga di kawasan Song dengan kita membangunkan jalan raya. Malah ada yang sudah siap dan terdapat juga dalam pelaksanaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Pembangunan Sarawak di Kapit, hari ini.

“Antara komponen pembangunan yang bakal ditempatkan di projek pembesaran bandar itu termasuk pusat komersial, skim perumahan baharu dan jalan raya baharu yang boleh menghubungkan kawasan belakang Kapit ke bandar baharu itu,” ujarnya.

Mengulas lanjut, katanya Kerajaan Sarawak sudah membelanjakan lebih RM400 juta untuk pembangunan Bahagian Kapit dalam tempoh tiga tahun.

“Namun kerajaan masih mempunyai lebihan peruntukan pembangunan bagi tujuan tersebut kerana terdapat beberapa projek mengalami kelewatan pelaksanaan susulan pelbagai masalah khususnya logistik,” tambahnya.

Pelan Induk Kapit yang melibatkan pembaharuan bandar dan pembesaran perbandaran baharu akan memanfaatkan Sarawak khususnya bahagian tersebut kerana terletak di sempadan negeri yang berhampiran ibu kota baharu Indonesia di Kalimantan Timur.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk