ARTIKEL

Pembidik veteran negara punyai peluang ke Sukan Olimpik 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Pembidik veteran negara Nur Suryani Mohamed Taibi mempunyai dua peluang terbaik untuk memburu tiket ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, bermula dengan Kejohanan Rifle/Pistol Asia 2024 di Jakarta, bulan depan.


Setiausaha Eksekutif Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) Hayati Shamsuri berkata jika Nur Suryani memenangi kejohanan Asia yang berlangsung pada 5 hingga 18 Jan itu, beliau bakal membuat penampilan ketiganya di pentas Olimpik selepas edisi London 2012 dan Tokyo 2020.


Penembak kebangsaan berusia 41 tahun itu akan menyertai dua acara di Jakarta iaitu 50 meter (m) rifle 3 posisi individu dan 10m air rifle individu wanita. Sekiranya gagal berbuat demikian, Hayati berkata Nur Suryani masih berpeluang menempah tiket ke Paris menerusi kejohanan kelayakan terakhir di Rio de Janeiro, Brazil pada 11 hingga 19 April, tahun depan.


“Pertandingan di Rio de Janeiro merupakan pusingan kelayakan terakhir buat penembak seluruh dunia untuk layak ke Sukan Olimpik 2024 namun tugas mencabar menanti Nur Suryani memandangkan beliau bakal berdepan penembak handalan dari negara lain di Brazil.


“Disebabkan itu, peluang lebih terbuka baginya untuk ke Paris 2024 pada Kejohanan Rifle/Pistol Asia 2024 nanti kerana saingan diterima hanya dari peringkat serantau sahaja,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) Sukan bersama Majlis Sukan Negara (MSN), di Bukit Jalil di sini, baru-baru ini.


Selain Nur Suryani, Hayati berkata terdapat 15 lagi penembak lain termasuk juara 10m air pistol wanita Sukan SEA 2021 Nurul Syasya Nadiah Mohd Ariffin dijadual menyertai Kejohanan Rifle/Pistol Asia 2024.

Setakat ini, penembak lelaki Johnathan Wong muncul wakil tunggal skuad menembak negara yang mengesahkan slot ke Paris 2024.


Selain Johnathan, tiga lagi atlet dari sukan lain telah melayakkan diri ke temasya sukan terbesar dunia itu ialah atlet terjun Bertrand Rhodict Lises, Nur Shazrin Latif (pelayaran) dan Ariana Nur Dania Zairi (memanah).

Sukan Olimpik 2024 dijadual berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos.

LAIN-LAIN BERITA

Harimau Malaya pindah kandang jika…

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai perancangan sekiranya Stadium Nasional Bukit Jalil tidak bersedia untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau

Pencarian bakat baharu di Betong

BETONG: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini, menzahir ucapan terima kasih kepada pihak Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Sarawak

BERITA TERBARU

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,