Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Pembinaan bangunan baharu MPP dijangka bermula hujung tahun ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Lo ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina 2023 di bangunan MPP di Kota Padawan
Lo ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina 2023 di bangunan MPP di Kota Padawan

PADAWAN: Pembinaan bangunan baharu Majlis Perbandaran Padawan (MPP) di Semenggok dijangka bermula hujung tahun ini.

Pengerusi MPP Lo Khere Chiang berkata demikian sambil menambah projek itu masih dalam proses perancangan dan mengkaji bajet untuk projek tersebut.

“Projek itu dalam proses perancangan dan lukisan sekarang. Pada masa sama, taklimat projek bersama-sama Premier Sarawak dan Timbalan Premier (Datuk Seri Dr Sim Kui Hian) akan diadakan.

“Hanya selepas itu, kerja boleh dimulakan. Dari segi pembiayaan, buat masa ini kita sedang meneliti bajet, jadi kena tunggu semakan separuh penggal kita,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina 2023 di bangunan MPP di Kota Padawan, di sini, hari ini.

Beliau turut meluahkan harapan agar projek itu dapat digerakkan sebaik sahaja perunding dilantik dan reka bentuk dimuktamadkan.

Sehubungan itu, Lo memberitahu bahawa apabila MPP berpindah ke bangunan baharunya, bangunan lama itu boleh dijadikan entiti komersial untuk memenuhi keperluan perniagaan dan perdagangan tempatan.

Untuk rekod, pada Ogos tahun lepas, Dr Sim berkata RM60 juta akan dibiayai untuk pembinaan bangunan baharu oleh kerajaan Sarawak sebagai hadiah kepada MPP atas kerja keras mereka.

Baca lain  Tong gas Petros akan diedarkan tidak lama lagi

Katanya, ibu pejabat MPP baharu itu akan dibina di atas tapak seluas 20 ekar di Semenggok, Batu 12 Kuching-Serian Road.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru